Tuesday 14 May 2013

Video Berkumpulan - Dokumentari "The Jahai Dilemma"

Tugasan Esei Berkumpulan - Tahap ICT di kawasan luar bandar.



Video Temu bual responden - Tugasan Esei Berkumpulan

BBM (Bahan Bantu Mengajar) - Skate Park

BBM merupakan satu kaedah pengajaran yang digunakan untuk membantu para pelajar lebih memahami sesuatu pembelajaran dan untuk menarik minat mereka untuk terus belajar.

Berikut merupakan 10 gambar BBM yang telah dihasilkan










































10 Video Youtube Teknologi & Inovasi


1. 10 Inventions You shouldn't be that proud of. 


2. Funny Arab


3. Funny & Fun


4. Hair Cut Advertisement


5. Innovation


6. Latest Future Technology


7. Lawak Jepun


8. Some Brilliant Example of Innovation


9. Too much Technology


10. Women & Technology


10 Gambar Teknologi & Inovasi

(1) Maxpower Controller Alat Penjimatan Petrol


Max Power Controller ( MPC ) dicipta khusus untuk penstabilan arus elektrik kereta anda, justeru, dari penstabilan yang dihasilkan oleh Max Power Controller (MPC) kuasa enjin kereta anda akan bertambah mantap dari segi pembakaran bahan api, melancarkan pemanduan, mengurangkan tekanan terhadap enjin, menambah kuasa kuda dari segi pickup dan daya pecutan. 





(2) Smart scanner


Cara menggunakan alat atau perangkat ini pun cukup mudah. Hanya perlu menekan tombol scan, lalu memblok seluruh bahagian objek yang ingin discan. Setelah itu, hanya perlu geser hasil pindaian sebelumnya ke dalam laman Microsoft word atau Microsoft excel, perangkat ini akan secara automatik hanya akan mengambil teks atau tabel dari hasil pindaian sebelumnya dalam format siap edit.


(3)  Nutty Notty

Set ‘Nutty-Notty’ yang direka mempunyai banyak kebaikan kepada pengguna kenderaan terutama wanita. “Set mudah alih, ringan dan tahan karat itu mampu membantu pemilik kenderaan menggantikan tayar kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga minit berbanding enam hingga 12 minit mengikut kaedah biasa.



(4) Oxyquik Oksigen Sewaktu Kecemasan

Alat yang dicipta khas ini merupakan kemajuan utama dalam membekalkan oksigen kepada pesakit terutamanya di waktu kecemasan seperti sesak nafas. Alat ini tidak memerlukan pemasangan yang rumit dan boleh digunakan oleh mana-mana individu dengan latihan yang minimum. Antara keistimewaannya adalah sesuai digunakan di rumah atau di kawasan awam apabila diperlukan, membekalkan oksigen yang berterusan selama 25 minit dan ke atas, mempunyai topeng sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak, mesra pengguna dan reka bentuk satu sentuhan sahaja. Penggunaannya sewaktu kemalangan jalan raya amat berguna kepada mangsa kemalangan kerana ianya membekalkan oksigen yang cukup sebelum sampai ke hospital.



(5) E-CIGARETTE

E-CIGARETTE adalah sejenis alat seakan rokok sebenar. Ianya rasa seperti rokok dan rupa bentuknya juga seperti rokok sebenar. E-CIGARETTE dipasarkan sebagai alternatif kesihatan kepada perokok-perokok yang tegar merokok rokok yang berbahaya. Ianya merupakan alternatif terbaik menggantikan rokok sedia ada yang diakui mengandungi bahan-bahan berbahaya kepada persekitaran dan perokok itu sendiri. Gantikan rokok anda sekarang dengan E-CIGARETTE bagi menjaga kesihatan disamping menikmati rokok seperti yang anda hisap sekarang.




(6)   THERMOMETER UNTUK KANAK-KANAK

Adalah menjadi perkara biasa di dalam wad kanak-kanak apabila jururawat tidak dapat menyukat suhu badan kanak-kanak tersebut. Ini kerana kanak-kanak bergerak aktif atau mereka takut dengan peralatan hospital. Teknologi pada masa kini mencipta termometer yang boleh digunakan untuk menyukat suhu badan kanak-kanak. Termometer ini dilengkapi hujung yang fleksibel untuk kegunaan oral, bacaan cepat dan tepat, mudah digunakan dan mempunyai penunjuk status bateri.

(7) U3-X

Diperkenalkan sebagai peranti mobiliti peribadi, satu di antara ‘bintang-bintang’ dalam pertunjukan Honda adalah U3-X. Peranti mobiliti panduan satu roda yang meneruskan idea “harmoni dengan manusia”, U3-X adalah peranti eksperimental kompak yang sangat padan di antara kedua-dua kaki seseorang penunggang. Dengan teknologi kawalan keseimbangan Honda yang dibangunkan melalui penyelidikan robotik ASIMO, robot pertama di dunia yang menyerupai manusia (humanoid), peranti mobiliti peribadi baru ini membolehkan ia untuk melaraskan kelajuan dan gerakan, berpusing dan berhenti dalam semua arah apabila penunggang menyandarkan bahagian atas badan untuk memindahkan berat badan. Selain teknologi kawalan keseimbangan, U3-X turut diuji menggunakan robot humanoid berkaki dua serta sistem panduan roda arah omni (Honda Omni Traction Drive System,atau HOT Drive System) yang pertama di dunia, hasil daripada penciptaan ASIMO. *Berdasarkan penyelidikan dalaman Honda




     (8) I-charge


Kelebihan I-CHARGE adalah menjimatkan minyak secara berkesan dan menstabilkan gerak balas RPM. Selain itu ia dapat meningkatkan tork enjin (engine torque). Hal ini sekali gus dapat meningkatkan kuasa motor enjin kereta dan mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta









(9)  Komputer gulung

Sesuai dengan komputer yang biasanya dalam hal ini komputer yang boleh digulung, sistem operasi yang akan digunakan sesuai dengan keperluan. Boleh menggunakan INTEL, ANDROID, LINUX, Windows, dan lain-lain. Yang berbeza komputer gulung dengan komputer biasa adalah design atau paparan, atau seni bina komputer tersebut. Komputer ini direka dengan mempunyai artificial intelligence (AI), di mana komputer ini sangat cerdas. Kecerdasan yang dimiliki oleh komputer ini boleh bertindak balas keinginan yang diinginkan oleh manusia, baik perintah mahupun petunjuk yang dikawal oleh manusia (user) yang menggunakan komputer ini. Dengan senantiasa komputer ini dengan cepat mengikuti kawalan user. Kelajuan dan ketepatan dalam menjalankan perintah user, haruslah sesuai dengan sistem operasi yang digunakan




(10)  CPR (Cardio pulmonari Resusitasi) Pad

Statistik menunjukkan penggunaan CPR boleh meningkatkan peluang untuk hidup sebanyak 50% ke atas bagi kebanyakan pesakit yang menghidapi masalah yang melibatkan jantung seperti serangan jantung (heart attack). Namun begitu, terdapat masalah yang timbul melibatkan cara mempraktikkan kaedah CPR ini terutamanya individu yang telah mendapatkan lessen tersebut kerana kadang kala menyebabkan kesan yang teruk kepada mangsa disebabkan penggunaan teknik CPR yang salah. Dengan penciptaan CPR pad ini, ia membantu individu terutamanya para staf kesihatan melakukan CPR dengan menggunakan kaedah yang betul dan tepat termasuklah dari segi kedudukan tangan.